Vacancies

YOUR TALENT IS 

WHAT WE NEED! 

In view of our rapid expansion, we are looking for suitable qualified Malaysians to fill the following positions.

Position
Location
Pembantu Tadbir Keselamatan
Pahang

Peranan

Bertugas memastikan Ladang LGM Pahang Tenggara dalam keadaan selamat dan mengarahkan para pengawal keselamatan mengawasi setiap pelawat yang memasuki ladang.

TANGGUNGJAWAB UTAMA

  1. Mengawal keadaan keselamatan Perbadanan/Ladang untuk sentiasa berada di dalam keadaan yang selamat.
  2. Memastikan operasi Kawalan Keselamatan sentiasa berjalan lancar dan tiada ancaman keselamatan di kawalan pintu masuk utama Perbadanan/ladang. Mendaftar setiap pelawat yang masuk menggunakan MySejahtera dan periksa suhu serta melakukan pemeriksaan fizikal kenderaan keluar dan masuk.
  3. Melakukan rondaan di Kawasan Ladang dan mengunci jam ronda.
  4. Memastikan pintu pagar ladang, pejabat dan stor sentiasa berkunci dan anak kunci di simpan rapi di tempat selamat.
  5. Buku daftar pelawat di guna sebaiknya dengan merekod dengan tepat dan teperinci kehadiran setiap pelawat dan kenderaan keluar dan masuk ladang.
  6. Memastikan penghuni dan harta Perbadanan/ladang sentiasa berada dalam keadaan terkawal dan selamat dari ancaman dan kerosakan.
  7. Membuat dan melaporkan sebarang kes.
  8. Laporan keadaan keselamatan ladang dibuat pada setiap bulan sebelum 5hb dan diserahkan kepada Pengurus Ladang.
  9. Menerima arahan dari semasa ke semasa daripada pihak pengurusan.

Syarat Lantikan:

  1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  2. Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Kemahiran Tugas :

  1. Komunikasi secara bertulis
  2. Komunikasi secara lisan
  3. Organisasi
  4. Pengurusan masa
Anda juga boleh menghantar CV melalui email Careers_hr@lgmpc.com.my 
Date posted: 2021/09/09

Peranan

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian di peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi aspek perkeranian (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, pengumpulan data dan maklumat).

TANGGUNGJAWAB UTAMA

  1. Menentukan semua baucer bayaran, resit terimaan wang, tunai runcit, semua jenis pendapatan, penyata bank dimasukkan ke dalam sistem perakaunan ladang melalui sistem perakaunan Lintramax.
  2. Menyediakan dan memastikan baucer bayaran (PRF) dibuat untuk semua jenis kerja- kerja pada setiap bulan mengikut keperluan dan dihantar ke ibu pejabat bagi tujuan pembayaran.
  3. Menjaga dan memastikan tunai runcit sentiasa teratur dan bayaran tunai akan dibuat mengikut keperluan.
  4. Menyedia dan menyemak bil-bil utiliti iaitu air dan letrik serta membuat penyata ringkasan untuk semua bil-bil ladang bagi tujuan pembayaran.
  5. Penerimaan bayaran secara tunai/cek dan akan dikeluarkan borang penerimaan bayaran (BAPB 1) serta dihantar ke bahagian akaun untuk dikeluarkan resit rasmj.
  6. Menyemak borang tuntutan perjalanan pegawai/kakitangan (jika ada) dan dihantar ke Ibu Pejabat untuk pembayaran.
  7. Merekod data belanjawan bahagian pentadbiran bagi tujuan penyediaan anggaran belanjawan tahunan ladang.
  8. Menyediakan laporan hasil & tenaga kerja E-submission MPOB setiap bulan sebelum 7hb bulan berikutnya.
  9. Menghantar Penyata E-Cost MPOB setiap tahun.
  10. Menyediakan perangkaan bancian estet getah dihantar pada sebelum 15hb bulan berikutnya.
  11. Menyediakan Penyata Suku Tahunan RISDA, laporan penyata dihantar setiap 3 bu\an untuk pengiraan wang SES.
  12. Mempebaharui lesen getah, menjual BTS, nurseri, cukai jalan kenderaan sebelum tamat tempoh.

Syarat Lantikan:

  1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  2. Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  3. Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer

Kemahiran Tugas :

  1. Komunikasi secara bertulis
  2. Komunikasi secara lisan
  3. Organisasi
  4. Pengurusan masa
  5. Penyelesaian masalah
Anda juga boleh menghantar CV melalui email Careers_hr@lgmpc.com.my 
Date posted: 2021/09/09

Peranan

Bertanggungjawab dalam memastikan kederaan Perbadanan dijaga dengan baik.

TANGGUNGJAWAB UTAMA

  • Penyelenggaraan Jalan & Parit Ladang
    • Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembinaan jalan dan parit ladang bagi laluan penuaian hasil ladang mengikut jangkamasa dan spesifikasi yang ditetapkan.
  • Penjagaan kenderaan & Jentera Ladang
    • Bertanggungjawab memastikan kenderaan & jentera di guna dan diselenggara serta dibersihkan 1 kali seminggu mengikut spesifikasi dan perancangan jadual.
  • Keselamatan & Kesediaan Kenderaan
    • Memastikan kenderaan sentiasa selamat dan bersih. Memastikan kad tol dan minyak berisi untuk digunakan bagi kegunaan rasmi.
  • Saman trafik & Kenderaan
    • Sifar saman dan kemalangan . Bertanggungjawab dalam pemanduan berhemah dan sentiasa segar semasa pemanduan.
  • Laporan & Rekod log Kenderaan
    • Sentiasa merekod buku log pada setiap perjalanan dan mengemaskini rekod-rekod kerja dan melapor kepada Pengurus Ladang setiap bulan.

Syarat Lantikan:

  1. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  2. Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]

Kemahiran Tugas :

  1. Calon mempunyai semangat juang yang tinggi
  2. Berdisiplin dan berdedikasi tekun dan amanah dalam melaksanakan tugas
  3. Boleh bekerja lebih masa
  4. Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik
Anda juga boleh menghantar CV melalui email Careers_hr@lgmpc.com.my 
Date posted: 2021/09/09

Peranan

Penyeliaan dan operasi ladang adalah bahagian yang sangat penting dalam membantu pihak pengurusan menghasilkan pengeluaran hasil ladang yang baik dan bagi memenuhi kehendak itu, adalah satu keperluan untuk mendapatkan tenaga kerja mahir dan terlatih dalam menjalankan tugasan di ladang.

TANGGUNGJAWAB UTAMA

  • Pengeluaran hasil Sawit / BTS
    • Membantu penyelia ladang dalam memastikan pengeluaran hasil menepati sasaran tahunan.
  • Penyelenggaraan Kawasan Kelapa Sawit
    • Membantu penyelia ladang dalam memastikan kerja meracun Lorong, bulatan & lalang, kawalan penyakit dan perosak, pangkasan pelepah, pembajaan, penyelenggaraan jalan & parit ladang dijalankan mengikut jadual kerja dan SOP yang telah ditetapkan.
  • Penjagaan Kenderaan & Jentera Ladang
    • Membantu penyelia ladang dalam memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembuatan jalan dan parit ladang bagi laluan penuaian hasil ladang mengikut jangkamasa dan spesifikasi yang ditetapkan.
  • Penjagaan Perumahan kakitangan, Bangunan Pejabat & Perumahan Pekerja
    • Membantu penyelia ladang dalam memastikan kawasan perumahan kakitangan & pekerja serta bangunan pejabat diselenggara dan berada dalam keadaan selamat.
  • Harta Benda Ladang
    • Membantu penyelia ladang dalam memastikan kesemua harta benda ladang dalam keadaan selamat dan terkawal.
  • Kebajikan Pekerja
    • Membantu penyelia ladang dalam memastikan kebajikan pekerja sentiasa terjamin.