LGM PROPERTIES CORPORATION

Perlantikan Pengerusi LGMPC

Tahniah diucapkan kepada YB. Dato' Hj Zainudin bin Hj. Ismail di atas perlantikan sebagai Pengerusi LGM Properties Corporation pada 1 Disember 2015.

Perlantikan Pengerusi Dato Hj Zainudin

 

 img 1

LGM Properties Corporation (LGMPC) LGM diperbadankan pada 1 Januari 2002 di bawah Akta Lembaga Getah Malaysia (LGM) 1996 dan telah memulakan operasinya pada 1 Julai 2002. Maksud dan tujuan Perbadanan ditubuhkan adalah untuk menjana pendapatan kepada Lembaga melalui :-
1. pengurusan tanah dan harta kepunyaan Lembaga,
2. perkhidmatan pengurusan dan perkhidmatan juru runding pengurusan harta kepada Lembaga, dan
3. perkhidmatan pengurusan harta dan perkhidmatan juru runding pengurusan harta kepada orang atau badan yang terlibat dalam getah atau berhubung dengan industri getah.

Pada masa ini, LGMPC sedang mengurus dan menyelia hartanah komersil berikut :- 
• Kompleks Bangunan Getah Asli 
• Bangunan komersil kepunyaan LGM terdiri daripada pejabat-pejabat dan kediaman yang disewakan kepada sektor persendirian di sekitar Lembah Kelang dan di negeri-negeri Semenanjung Malaysia. 
• Ladang seluas 1,899 hektar di Ladang LGM Pahang Tenggara, Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur 
• Ladang seluas 172.5 hektar di Ladang LGM Penawar, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim 
• Ladang seluas 139.5 hektar di Ladang LGM Panti, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim 
• Ladang seluas 996 hektar di Ladang LGM Begia, Sik, Kedah Darul Aman

 

 

Kerjaya

Pendapat Awam

Apa yang anda inginkan disini?





Bulletin

 

PELUANG KERJA:

1.  Pembantu Kewangan (Gred 6/7) Kontrak

2. Pembantu Pejabat (Gred 8) Kontrak

 

Dibuka kepada Warganegara Malaysia,  Tarikh Tutup : 20 Mei 2016

Untuk Keterangan Lanjut Hubungi LGMPC 03-2171 1177, 

TENDER / SEBUTHARGA :

  1.  
  2.  

Waktu Solat Malaysia

[ Tukar Kawasan ]
Tutup
| + - | RTL - LTR